Wednesday, November 3, 2010

Semua ada cara masing-masing termasuk aku.

Mula mula nak cakap. Entry ni panjang gila lah. hikhik

Dulu aku takde belog ni. Kalau aku rasa nak lepaskan geram memang aku suka menulis. Dulu aku suka tulis atas kertas je. Koyak kertas dan tulis panjang panjang sampai puas hati. Lepas tu aku ronyok kan kertas tu dan buang dalam tong sampah and then aku ok balik dah.

Pastu masa form 5 aku dapat hadiah pertandingan berupa buku catatan yang cantik. Then aku decide nak buat buku tu sebagai diari hati aku sebab aku nak try ape feelingnya ada diary yang mana aku takkan buang lepas aku tulis. Diari tu penuh bila aku dah kat matrik. Banyak juga aku tulis tulis. Aku simpan lagi sampai sekarang. Dulu aku suka baca balik dan aku ketawa sorang sorang tapi sekarang aku elak dari baca lagi sebab ianya boleh mengganggu pemikiran aku. So aku bungkus and simpan dalam kotak dan kotak tu letak bawah katil. Kenapa tak buang je? Tak tahu la. mungkin sebab buku tu adalah sebuah hadiah. bukan kerana isi buku tu. hehe.....

Lepas beli laptop ni pon aku masih belum terjerumus dalam dunia blogger ni. Then aku ade satu software yang dah siap siap di install dalam laptop aku sejak aku belinya lagi. Iaitu Microsoft Office OneNote, dimana kat sini membolehkan aku menaip segala apa yang aku rasa. 

Dan akhirnya aku ambil keputusan untuk wujudkan Selak Pintu ni. Kenapa Selak Pintu? Tak tahu tapi aku suka. (",)v

Selain melepaskan rasa melalui penulisan atau taipan tangan, aku suka sangat cari orang yang aku rasa aku boleh lega kalau aku cerita kat dia. Ermm...selalunya lelaki sebab aku rasa lebih percaya kat pendapat seorang lelaki kepada seorang perempuan. Hehe. Ada je mereka ni yang memang suka je mendengar walau untuk berjam jam dan walau aku tengah menangis nagis ke. Aku appreciate mereka yang macam tu. Walau kadang aku fikir kesian diorang kena dengar aku luahkan perasaan. Tapi aku memang sangat berterima kasih kat orang orang macam mereka tu. 

Sekarang...
Aku rasa macam mereka itu takde. takde sape yang aku rasa aku berani nak meluahkan segalanya. kalau ada pon aku tak luah betul betul. Tapi takpe. Sebab aku masih boleh menulis dan aku ada Mohamad Shakib sebagai tempat meminjam bahu. Ada dia pon aku dah bersyukur. ;)

Kadang aku rasa hati aku lemah betul sebab asyik tak keruan dan emosi tak tentu pasal. Atau sebenarnya semua orang pon ade rasa ape aku rasa? Normal ke? Tapi masing masing ada cara nak mengawal hati masing masing sendiri kan. Kata orang kita tak boleh nak memuaskan hati semua pihak. Jadi apa kata kita puaskan hati kita dulu. 

Lama rasa aku tak menulis macam ni. Idea dari hati terus ke otak dan mengalir ke hujung jari. Rasa lega menulis macam ni. Dan aku rasa cukup sampai disini bagi luahan kali ini. Kalau aku tak stabil lagi pasti akan ada luahan lain. Well, belog saya tulisan saya suka hati saya. kan. kan. 



Jangan Rindu Dulu

5 comments:

meo musa said...

my way!

Asim Abdullah said...

ye..masing-masing punya perasaan...

kadang, walau macam mana tenang sekali muka, walau panjang mana sekali senyuman tapi hati yang dalam, siapakan tahu...

Ye..masing-masing juga punya cara untuk ubati hati yang lara...

dan cara terbaik adalah melalui luahan...ia telah dikbuktikan oleh Ar-Rasul sendiri...

Semoga tabah hati... ;)

Ana Musa said...

Yamashita: Sesuatu yang terbuku di hati sebaiknya diluah supaya wujudnya ketenangan jiwa. thx sudi kongsi pendapat anda. :)

Meo: Wah. so mesti paham kan ape yang dimaksudkan ana? hehe

'AQILAH said...

aaaa aku ingat diari kau tu :D

Azin Shah said...

cayok2...final~

Post a Comment

Mereka kata: