Wednesday, September 14, 2011

Intro aje...

Tok! Tok! Tok!

Assalamualaikum!!!

Saya datang nak raya!!!!!!


Begitulah trend bebudak yang datang beraya kat rumah aku sepanjang musim perayaan ni. Dah berjanji ke ape bebudak kawasan rumah aku tu? Siap cara beri salam pon nak sepesen (sama). kihkihkih =P

Tapi tu cerita masa aku belum balik UTM. Kini, di saat korang membaca entri ini, aku telah pon kembali ke UTM. So, mak lah pulak layan bebudak datang raya ye mak. hehehehehe. 

Apa yang baru di UTM????

Aku duduk kolej lain. Setelah 3 tahun setia di kolej 11, akhirnya aku beralih arah ke kolej 9. Bilik besar thokkkkk.... Tapi nasib baik dalam 4 tahun pengajian sekali ni je aku pindah kolej. Jenuh memindah barang dari kolej ke kolej. Nasib baik ada kengkawan yang baik hati membantu pindahkan barang sampai selesai. Thanks my friends!!!! Memuahhhh! hahaha XD

Bergelar pelajar 4SGS semestinya terasa tua. #EhYeke ? haha. Super senior dah aku nampaknya. Tapi nampak macam junior je. uhukkkkk... *kekenyit mata* . Macam biasa, semester baru datang dengan semangat yang baru dan mind set yang baru. Tapi selalunya setakat awal semester ajela semangat tu. Lepastu semangat tu turun naik macam ombak kat laut tu. Takpelah, berfikiran positif sahaja. Kita kena sentiasa perbaiki diri tak kira awal semester, pertengahan semester mahupun akhir semester. InsyaAllah~~


So kawan kawan, mari berusaha!!!! 



Eh, terbalik pulak pic ni. kehkeh
+
+
+
+
+
Selamat malam Malaysia!!

JanganRinduDulu



0 comments:

Post a Comment

Mereka kata: