Wednesday, May 23, 2012

Wordless Wednesday


Betapa aku berharap aku graduate pada masa yang ditetapkan demi mereka berdua ini. Amin~~



JanganRinduDulu

Tuesday, May 22, 2012

Rejab

~SALAM REJAB~

Semoga segala amalam diberkati dan diterima. InsyaAllah

Mari bersama doakan kebaikan sesama kita =)



JanganRinduDulu

Saturday, May 12, 2012

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu buat Puan Samsiah Atan
Terima kasih atas segala pengorbananmu sepanjang 23 tahun membesarkanku
Aku akan selalu memerlukan dorongan dan sokongan darimu.
Dan yang paling penting sekali adalah doamu yang amat ku perlukan sehingga akhir nafasku.
Kerana doamu membawa kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup anak anak mu.
Doakanlah kami semua menjadi anak yang soleh dan solehah seperti mana yang dikau impikan selalu.
Terima kasih Emak!




JanganRinduDulu

Thursday, May 10, 2012

Suntuk

Saya kesuntukan masa
Perlu berlari lebih laju
Perlu lebih fokus
Perlu pengorbanan yang tinggi

Doakan saya dan kawan kawan berjaya siapkan Projek Sarjana Muda pada masa yang ditetapkan. Amin~~



JanganRinduDulu

Sunday, May 6, 2012

Terima kasih Mak dan Ayah




Ini saya. Sayalahhh... =)
Okay sebenarnye nak tunjuk baju yang aku pakai tu.
This dress I used to wear for my Annual dinner on 4th May 2012. 
Kenapa nak tunjuk kat sini?
Haaa...
Sebab rasa bertuah dan sangat terharu sebab mak yang buat baju ni.
Senang cakap baju ni bukan sekadar kain yang dicantum membentuk sehelai baju tapi baju yang penuh kasih sayang seorang ibu dan tak lupa juga ayah.
Sebab apa? sebab mereka berdua adalah sangat excited nak buatkan baju ni untuk anak dara dia ni seorang dan design baju ni with smile. I can see from their face yang mereka sangat mahukan baju tu jadi perfect on me. So, sangat terharu dan sangat sayang baju ni.

My mum is originally a tailor and obviously this is not my first cloth yang dia jahit. But then because yang ni i can see bertapa excited dan semangat dari muka mak & ayah. Rasa nak pelok diorang! haha!

My classmates
(D'Gloress 12)



JanganRinduDulu