Saturday, October 1, 2011

Random from the last 3 weeks

Assalamualaikum

*lap kiri lap kanan. Lap atas bawah*
Phewww phewwww.... berhabuk. nampak tak? Lama tak update blog kan.
Kenapa lama tak update?

1. Internet is slow
2. Have many things to write but have no desire to start writting
3. I'm just a lazy girl
4. Keep postpone it till abandoned!

First of all... Hye October!
welcome to my calendar. Please be nice to me this month and give me more benefit that worse things. InsyaAllah~~

What happen recently? Of course dah banyak assignment kena buat. PSM lagi. Homaiii....
When talk about PSM, I feel nervous all of sudden. Mana taknye, Next week nak present dah. Entah diterima ke tak tajuk aku ni. Wahai semangat PSM!! Ku seru kau datang menemani diri ini. hihihi

In this 3 weeks also i do many thing with my 'kejiranan' . hehe. Ade yang first time buat pon ade. 
~Pergi cuci kereta~
 ~Pesta Konvo UTM~
 ~Autoshow Pesta Konvo UTM~
 ~Dinner at Agus Taman Universiti~
 ~Open House at new friends' house~
~Peel the banana ice cream~


That was fun! hehe
Hope this coming days will always be better than before. I have to organize my time very well as i can be so busy with assignments, lab, report, PSM and stuff. If i feel stressed, i should take a rest. =)
Lets sing and dance! =P

"Problems come to make us think the solution.
Without the problem we have no experience to solve it. Be positive and think all the posibilities to solve the problem. No problem no life laaa. "

 You too my dear... lets both of us fight till our end for our final year!


and thanks for the gifts. (^^,)

I Love You and I Love You

******************
JanganRinduDulu


Friday, September 16, 2011

Hye to my new friends ^^

Last night was awesome. =)
meet again later friends =)

By the way,

Selamat Hari Malaysia

I'm proud to be malaysian.
my lecturer once said that we are 1Malaysia since old time before and not just started nowadays.

*pasang bunga api* KEBABOOMMMM!!


~JanganRinduDulu~

Wednesday, September 14, 2011

Intro aje...

Tok! Tok! Tok!

Assalamualaikum!!!

Saya datang nak raya!!!!!!


Begitulah trend bebudak yang datang beraya kat rumah aku sepanjang musim perayaan ni. Dah berjanji ke ape bebudak kawasan rumah aku tu? Siap cara beri salam pon nak sepesen (sama). kihkihkih =P

Tapi tu cerita masa aku belum balik UTM. Kini, di saat korang membaca entri ini, aku telah pon kembali ke UTM. So, mak lah pulak layan bebudak datang raya ye mak. hehehehehe. 

Apa yang baru di UTM????

Aku duduk kolej lain. Setelah 3 tahun setia di kolej 11, akhirnya aku beralih arah ke kolej 9. Bilik besar thokkkkk.... Tapi nasib baik dalam 4 tahun pengajian sekali ni je aku pindah kolej. Jenuh memindah barang dari kolej ke kolej. Nasib baik ada kengkawan yang baik hati membantu pindahkan barang sampai selesai. Thanks my friends!!!! Memuahhhh! hahaha XD

Bergelar pelajar 4SGS semestinya terasa tua. #EhYeke ? haha. Super senior dah aku nampaknya. Tapi nampak macam junior je. uhukkkkk... *kekenyit mata* . Macam biasa, semester baru datang dengan semangat yang baru dan mind set yang baru. Tapi selalunya setakat awal semester ajela semangat tu. Lepastu semangat tu turun naik macam ombak kat laut tu. Takpelah, berfikiran positif sahaja. Kita kena sentiasa perbaiki diri tak kira awal semester, pertengahan semester mahupun akhir semester. InsyaAllah~~


So kawan kawan, mari berusaha!!!! 



Eh, terbalik pulak pic ni. kehkeh
+
+
+
+
+
Selamat malam Malaysia!!

JanganRinduDulu



Friday, September 2, 2011

Aidilfitri 2011

Masih belum terlambat rasanya untuk aku ucap kan ucapan hari raya kan. hehehe. Oleh itu, SALAM AIDILFITRI dari Ana Musa sekeluarga. Siapa siapa yang kenal dan dekat tu boleh la berkunjung ke rumah ye.  Yang tak dapat berjumpa dari jauh ku pohon seribu kemaafan sekiranya ada kesilapan atau gurauan yang mengguris hati sesiapa secara sengaja atau tidak sengaja. kadang kadang bergurau tu sekadar niat untuk bergelak bersama. hehehe. Halalkan juga makan minum aku selama ni taw. Mane la tawu kalau terover makan makanan korang ke. hehe. Al maklum aku ni kuat makan. =P 

Aku tak boleh cakap panjang sebab aku tak boleh online lama lama. kena balik rumah ni. Oleh itu, aku lampirkan gambar 1 syawal aku bersama keluarga tercinta,










Selamat Hari Raya!!!!


P/S: Berat dah turun. Yeay!

JanganRinduDulu

Sunday, August 14, 2011

Aku dah mula bingung dah ni.

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan.

Lama tak menulis. Hari ni baru berpeluang untuk mencurah rasa kat Selak Pintu ni. Maklumlah, kat rumah tak dapat nak online. Amacam puasa? dah lebih kurang setengah bulan kita berpuasa kan. setengah bulan lagi untuk menyambut aidilfitri. Baju raya dah siap? hehe. Mak aku busy gila. Tido sampai tak terurus dek nak menyiapkan baju baju customer yang berlambak gila. Aku lak tak dapat nak tolong sebab aku memang 'Zero' dalam kemahiran jahit menjahit ni. So, aku take care kerja kerja rumah dan anak asuhan mak aku la.Terpaksa lah layan kerenah budak 2 tahun and sorang lagi budak 9 bulan kat rumah tu. Yang sorang tu aku cakap sepatah, berpatah patah dia balas balik. Sabooooo jelaaaa........

Minggu ni aku dengar cerita panas lagi berapi. Pasal kenaikan yuran UTM. Aku tak dapat nak marah sebab aku terkilan. Yuran naik dengan mendadak. Homaiiiii.... aku taknak menyusahkan mak ayah lah. Mak ngan ayah sekarang kena fokus kepada adik aku pulak sebab berjaya menempatkan diri di UNIMAS. Kenapakah UTM buat macam ni kat kitorang? All i need is an acceptable reason or kurangkan sikit kenaikan yuran yang mendadak tu. Malas nak cakap banyak. I'll wait and see about it later when the semester is open next month. 

Sebenarnya aku dah mula risau dengan segala persiapan untuk buka semester ni. Report LI aku belom siap lagi. Entah bila aku nak buat tah. huhu. Tajuk PSM belum dapat jugak. Patut sangat lah kalau aku risau pasal benda ni. Gerun tawu bila terfikir pasal PSM ni. homaiii...... So, masa yang ada sebelum semester baru bermula ni aku nak isi dengan penyediaan dari segi mental dan fizikal untuk menempuh saat saat tahun akhirku di UTM. Yang mana aku berimpian aku juga boleh 'GOT' (Graduate On Time). Semoga Allah kuat kan semangat aku dan tetapkan iman dan pendirian aku supaya aku terus semangat untuk improve kan diri demi masa depan. InsyaAllah~~

Walau ape pon kerunsingan melanda, aku kena cari positive side dari semua masalah ni. Supaya aku taklah serabut sangat. Akhir sekali, Selamat berpuasa kepada semua. Semoga kita dapat banyak manfaat dari bulan yang mulia ini. InsyaAllah~

JanganRinduDulu