Saturday, April 9, 2011

Wujudkah lelaki idamanku?

 Assalamualaikum

Hai semuanya. camne hidup? tenang atau busy? ah. aku boleh agak bebudak universiti atau kolej mesti tengah busy dengan assignment/presentation/PSM/Final Exam. kan kan kan. hihi

Aku pon tengah menghadapi saat saat genting iaitu kerja yang terlampau banyak sebelum bermulanya Final Exam. *pengsan*. Kerja yang terlampau banyak membuatkan aku semakin malas tapi bila kerja sikit bertangguh. ape nak jadi la ngan Ana Musa ni. *ketuk kepala*. 

Okeh! muaklah cerita pasal kerja yang berlambak aje.
Oleh itu, aku nak cerita sedikit benda lain pasal karakter lelaki yang aku selalu tertarik kat dalam movie. hehe. Tapi aku ade satu persoalan:-

"Adakah karakter lelaki idaman dalam movie adalah sebenarnye sama dengan karakter idaman kita di alam realiti?"

Just persoalan di minda sahaja. hehehe. dan karakter lelaki idaman yang selalu menarik perhatian aku adalah karakter mamat kat bawah ni dalam cerita masing masing.huhu. =P

 Kang Shin Woo (You're Beautiful) and Yoon Ji Hoo (Boys Over Flowers)

Korang pernah tengok tak dua cerita ni? Bagi yang pernah mesti tawu ape karakter yang diorang bawak tu. Bagi yang tak pernah pergi lah tengok cerita ni. hikhikhik
Setiap kali aku tengok cerita korea aku selalu terfikir ada ke karakter seromantik macam ni kat dunia luar tv? Wujud ke lelaki yang romantik ibarat angel kepada seseorang wanita ni or lelaki yang bajet ego tak sayang pon kat perempuan tu tapi padahal dia sangat sayang dan kuat jeles. Mungkin ade cuma aku yang tak pernah dengar. Kalau tengok percintaan dalam cerita korea memang korang boleh cair sebab touching sane sini. boleh nangis jugak. Mungkin sebab tu cerita korea ni sangat dapat sambutan ramai lebih lebih lagi dikalangan anak muda yang mula nak mencari pasangan hidup waktu sekarang ni. Mungkin diorang pon ada karakter idaman diorang sendiri macam aku ni ha. hehehe. tapi aku dah ada. hehe. 

Rasanya semua orang pon ada karakter idaman masing masing tak kira lelaki atau perempuan tapi tak semsetinya pasangan kita nanti adalah lelaki atau perempuan yang mempunyai karakter idaman kita tetapi mereka adalah insan yang mampu membuat kita menerima diri mereka dalam hidup kita. 

Amboi. berfalsafah cintalah pulak aku kat sini. Tapi segalanya hanyalah pandangan ikhlas dari aku untuk dikongsi bersama. Segala ketentuan adalah ditanganNya. 

Yang pasti aku jatuh cinta dengan Yoon Ji Hoo & Kang Shin Woo
hahaha

 JanganRinduDulu

5 comments:

Anonymous said...

mungkin ada laki tu depan mate. kalau tgk cite koya tu pun, si heroin pun xsedar. jadi kalau ana sebagai heroin, maybe ana xsedar. hehe.
p/s: i'm no koyaan fan. aritu jer tertengok sbb member sebilik pasang.

^___________^ smoga bertemu lelaki itu.

meow said...

ceh.... :p

Legasi Piston Pecah said...

bukan memang dah ada ke?

Ana Musa said...

Anonymous: Yap. masuk akal jugak tu. hehe

Meow: kehkehkeh =P

Piston pecah: Ana memang dah ada. =)

Liyana Noh said...

chen..ko pon sangkut ngn mamat korea jugak ke?? hahha :P

btw, check out blog aku nnti ea..nenek ade award laa nak kasi :)

Post a Comment

Mereka kata: