Thursday, June 2, 2011

Sulong

Assalamualaikum

Firstly nak tanye. Sapa anak sulong angkat tangan sekarang!
Korang rasa benda yang sama macam aku rasa ke?
Especially anak sulong yang girl.

Aku nak kongsi pengalaman, perasaan dan pendapat aku sebagai anak sulong perempuan dalam keluarga. Dan tambahan aku sorang sahaja perempuan dalam adik beradik aku. Aku tak menyesal atau menyalahkan takdir yang maha Esa. Aku redha aku seorang je anak perempuan dan sulong dalam keluarga. Walau nampak macam sunyi tapi tuhan takdirkan aku macam ni mungkin sebab dia nak bagi aku nikmat lain. Wallahualam......

Okay, What i feel now is responsible. Aku ade tanggungjawab besar ke atas keluarga yang especially ayah & mak yang selama ni berkorban apa sahaja untuk buat aku sampai ke tahap ni. Jauh di lubuk hati aku memang nak balas segala jasa diorang walau aku tawu aku takkan mampu membalas semuanya. Aku cuba untuk bantu diorang semampu aku, aku cuba jaga hati diorang walau kadang kadang aku terlukakan hati diorang tanpa sengaja jugak. Aku akui aku seorang anak yang tak pandai untuk minta maaf tapi bukan sebab aku tak rasa bersalah cuma mungkin aku mempunyai suatu ego yang menyukarkan aku mengungkapkan maaf dengan mudah.

Aku ada adik adik yang tengah giat membesar. Yang semuanya masih tercari cari masa depan untuk diri sendiri. Aku sebagai kakak kena bantu diorang membesar ke arah yang lebih baik. Aku kadang kadang nak juga keluar dengan adik beradik sahaja then belanja diorang tengok wayang ke, makan ke. Tapi biasalah, aku pon masih belajar so tak dapatlah nak tampung semua benda tu. Yang mana aku boleh tolong aku tolong lah. hehe

Satu lagi benda kalau jadi satu satunya anak perempuan dalam adik beradik adalah agak tidak bebas buat apa apa walaupon kau nak sangat. Sebagai contoh, ini adalah antara sebab kenapa aku tak pernah merantau luar dari JB. Mak dan ayah memang berat hati kalau aku duduk jauh dari diorang. Diorang risau bukan main. Tapi normal lah diorang akan risau. Aku faham, parents mane tak sayang anak kan. Dah tu anak perempuan tunggal pulak tu. DAN... aku sebagai anaperempuan tunggal ni HARUS ikut cakap diorang sebab apa yang diorang cakap tu ada baiknya untuk aku. Lagipon kalau buat apa apa tanpa restu diorang macam tak sedap hati je nak buat lepas tu. Restu mak ayah tu kan penting. ^_^


Rasanya kalau cakap pasal benda ni semua panjang jadinya post ni. Aku rasa cukup setakat ni je lah aku kongsi pendapat dan perasaan aku pasal ni. Lagipon mungkin korang mengalami situasi yang berlainan dengan aku. Ye la... rambut sama hitam, hati lain lain =)

Kepada anak anak sulong di luar sana, mari lah kita berikan contoh yang terbaik untuk adik adik kita tak kiralah korang lelaki atau perempuan. Semoga kita dapat membalas jasa malkdan ayah yang telah banyak berkorban untuk kita. 

Famili ku~~~~

p/s:kadang kadang jadi anak sulong ni boleh buli adik. haha. Haip!! tapi untuk suka suka sahaja okayyy. =)

JanganRinduDulu


1 comments:

Andy Nurfarah said...

ahaa. we r in d same shoes.

Post a Comment

Mereka kata: