Monday, December 5, 2011

Dalam hati

Lamanya ku tinggalkan 'Selak Pintu'. Bukan ku sengaja tetapi ku tak punya waktu dan connection yang sesuai untuk aku berkepit denganmu wahai 'Selak Pintu'. Walau macamanapon aku tetap mengunjungimu.

Geli tak baca ayat cinta aku dengan blog aku sendiri. Jangan geli ah. Ikhlas tu. kehkehkeh. =P

Apa nak buat bila kita dah cuba pelbagai cara untuk sempurnakan hidup. Untuk jadikan hidup lebih teratur dan tenang, dan untuk jadikan diri supaya sentiasa positif tanpa nak fikir negatif tentang semua benda. TAPI........... semua usaha tu tak rasa berjaya membuat hidup tenang dan teratur. Bahkan, kita semakin tertekan dan lebih tertekan. Pada siapa nak mengadu? pada siapa nak meluahkan?  Ku sentiasa berdoa kepada yang maha Esa supaya sentiasa melindungi diriku dari melakukan kesilapan berkenaan hati seorang kawan dan juga sentiasa berdoa supaya aku LULUS walau banyak dugaan yang buat aku risau yang adakah aku akan lulus.

Apa yang korang akan pilih bila korang ade 2 pilihan ni:
1. Diri sendiri iaitu masa depan.
2. Hati seorang kawan yang mana menentukan jangka hayat sebuah persahabatan.

Ramai suruh aku fikir diri sendiri dulu tapi entah kenapa aku tetap bagi priority kat orang lain. Mungkin terbiasa. hehe. Tapi kenapa aku rasa usaha aku tu tak dipandang dan tak dihargai. Mungkin orang tu tak nampak. Aku tak mintak banyak, aku just nak kau nampak yang TOLAK ANSUR tu PERLU dalam persahabatan ataupon dalam buat sesuatu kerja bersama.

Aku tak kisah kalau kau nak buat kerja style kau tapi kau kena consider kekuatan dan kelemahan orang lain. Mungkin kau bijak dan mudah memahami sesuatu konsep tapi macamana dengan aku dan orang lain? Aku cakap banyak sebab aku risau pasal masa depan aku plus ade rumours pasal subjek tu susah la ape la. Aku jadi panik dan seharusnya kau dah tahu sifat aku tu. Aku cuba nak buat kerja aku dan kerja kita terbaik yang mungkin tapi kau sepatutnya beri kerjasama. Jalankan tanggungjawab yang perlu kau buat. Aku tahu kau sibuk dengan hal kau tapi tak boleh ke sekurang kurangnya cakap ape kesusahan kau tu kat kitorang so that kita boleh adjust untuk kau. Segala benda boleh bincang cuma entah kenapa aku rasa susah untuk kau duduk berbincang dengan aku. Aku tak cakap semua ni depan kau sebab aku tak nak kau sakit hati dan semua benda jadi semakin teruk termasuk persahabatan kita. Aku luahkan semua ni kat orang lain sebab diorang memahami aku dan aku perlu tenangkan diri aku dan teruskan hidup kita yang busy ni. Aku cuba atur hidup aku sepositif yang boleh. Mungkin kau tak faham apa yang cuba aku buat. Takpelah, sekarang aku ambil keputusan untuk cuba berdiam diri dan biarkan Tuhan yang menentukan segalanya. Aku tahu Tuhan sentiasa bersama aku. Aku pertaruhkan masa depan aku dengan berdiam diri tapi dalam masa yang sama aku berdoa sangat sangat supaya ada miracle dari Tuhan untuk aku. Terima kasih kawan. Dan aku minta maaf untuk segalanya.

***************************************************************
Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat...

Puas kita menangis...menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita... Rupa-rupanya

Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah

^_^

P/S: Aku tahu semester 2 Final year adalah mencabar tapi nak sangat cepat habis semester 1 ni.

JanganRinduDulu

0 comments:

Post a Comment

Mereka kata: