Thursday, November 5, 2009

sebuah kisah................................



Di saat itu diriku begitu serabut dan tidak keruan…airmata sering  kali membasahi pipi..diriku resah tidak menentu..hati terhiris  luka akan suatu kisah pedih yang menikam jiwa yang mana ditanggung sendirian..hari-hari yang dilalui menjadi tidak bermakna dan perlakuan ku menjadi palsu belaka..
Senyuman tetap terpancar di wajah namun hati menangis siapa  tahu…


Hadir dirimu mewarnai hidupku..membantu aku untuk  menenangkan diriku..
Di kalangan mereka yang dekat dengan diriku tiada siapa yang  dapat membaca air muka ku…
KECUALI….dirimu…….
Kau tahu diriku sedang dilanda masalah..dengan tidak berputus  asa kau cuba untuk mendekati diriku…kau cuba untuk mengenali  diriku..walaupun aku hanya tidak mengambil endah akan kehadiran dirimu…
usaha mu untuk mendekati serta berkenalan denganku mendapat respond yang positif apabila aku akhirnya tertarik untuk berkenalan denganmu…


Perkenalan bermula dengan pertukaran nombor telefon…kita sering ber SMS hingga akhirnya menjadi rapat…kita sama-sama  berkongsi duka dan suka…saling memberi pendapat dalam sesuatu masalah..kita ibarat kawan baik dan kau sangat memahami diriku dan telah mengembalikan sinar hidupku…
Aku kembali bersemangat untuk hidup dan mencapai cita-cita  ku..kau sering menasihati aku dan kau juga menjaga diriku  dengan baik…kau juga sering menghiburkan hatiku..kau rela  mengorbankan masamu untuk bersamaku…aku menjadi tenang di samping mu…walaupun sebenarnya masalah datang merempuhku..kau seorang yang penyayang..aku begitu terharu dengan layanan yang telah kau berikan kepada diriku..terima kasih untuk segalanya…


Perkenalan ini membuat kita sangat rapat hinggalah satu masa  diriku menyedari bahawa aku menyayangi dirimu..aku tidak  mahu kehilanganmu..bagi ku kau sangat bermakna padaku..kau kini menjadi antara insan yang penting dalam hidupku..aku tidak ingin hubungan kita terhenti setelah aku terpaksa berjauhan dengan dirimu kelak...tetapi tiba-tiba hatiku begitu bergelora apabila melihat dirimu bersama wanita lain…setiap hari aku memikirkan mengapa hati aku berperasaan sebegitu sedangkan aku hanya sahabatmu…aku keliru dengan perasaan aku sendiri…adakah aku mencintaimu? dari situ barulah aku terfikir bahawa aku telah terlanjur mencintaimu..ahhh..tidak mungkin itu berlaku dan itu sebenarnya tidak patut berlaku pun…mujurlah aku dapat mengawal perasaan ku dari menyayangimu terlalu berlebihan..


Kini aku harus pulang….kita akan terpisah….setelah begitu banyak  kenangan manis dan juga pahit yang dilalui bersama…hatiku  kembali gundah kerana akan berpisah debgan orang yang aku  sayang…sebuah patung comel pemberianmu akan selalu ku bawa  bersama ke mana jua aku pergi..simpanlah kenagan kita bersama  dalam memori hidupmu..kau telah menjadi sebahagian dari sejarah hidupku…permintaanku biarlah kita terus  berhubungan walau kita jauh…akan ku kenang dirimu sampai bila-bila…...


JANGANLAH PERTEMUAN INI DIPISAHKAN…………………...

0 comments:

Post a Comment

Mereka kata: