Assalamualaikum
Sekarang ni aku tengah rasa kecewa. Again! Aku akan cerita pasal cari kerja lagi kat sini. Susah! Yes! Susah untuk dapat sesuatu pekerjaan. Lebih lebih lagi pada orang yang kurang berkemahiran dan pengalaman macam aku ni ha. Again, aku bakal cukup 2 bulan lagi menganggur kat rumah. Bila difikirkan nasib aku tak lah seteruk mana. Baru berapa bulan je aku menganggur. Mungkin ade yang menerima nasib yang lebih teruk dari aku. Mungkin setahun? dua tahun? yang lebih lama menganggur dari aku. Walaumcamanapon aku tak boleh putus asa dan mengalah. Walau sebenarnye macam nak putus asa dah. haha.
Salah satu sebab aku susah dapat kerja adalah majikan takut nak ambil budak degree. Aku rasa aku pernah cerita pasal ni post yang lepas. tapi aku nak update sikit lagi. Baru-baru ni aku cuba cari kerja yang hanya perlu kelayakan SPM. Aku berhasrat nak tunjuk kelayakan SPM je tapi aku tak berjaya sembunyikan degree. Aku taknak bohong kat dia. Then obviously, as expected majikan tu kata dia fikirkan dulu. Sebab dia takut aku kerja tak lama. Sejujurnya aku dah expect benda tu. Aku pon sedar, macamana kalau aku terima kerja kat situ tapi suddenly aku dapat better offer bila aku dah masuk kerja dalam kurang sebulan. Rekod kerja aku mesti tak cantik sebab asyik berhenti kerja. Tapi kalau dorang tak bagi aku kerja even kerja kerani macamana aku nak dapat experience untuk jawatan yang lebih tinggi? Kenapa tak bagi je peluang untuk aku cari pengalaman. Just accept the risk that I might not work long.
Ada pulak nak fresh graduate tapi they want to choose the best among us. Habis yang kurang best memang tak berpeluang ke? Aku faham setiap orang nakkan yang terbaik. Tapi, berilah kami peluang untuk belajar.
Adakah sementara nak tunggu kerja yang memerlukan degree tu bagi respond permohonan kita, then kita terpaksa menganggur? Berapa lama nak tunggu? Sebulan? 3 bulan? 6 bulan? setahun? Kami bebudak degree ni perlukan kerja. Untuk mulakan hidup baru selepas habis belajar banyak yang kami kena buat. Kami dah mula pikul tanggungjawab untuk membantu keluarga. Aku percaya parents walau sikit mesti ada rasa nak anak dia bantu dia serba sedikit dalam kewangan untuk menyara keluarga. Aku rasa sedih dan serba salah bila aku dapat tahu family ada masalah kewangan ke. Adik adik semua semakin dewasa dan perbelanjaan study dorang semakin besar. Aku sangat nak tolong parents aku. Cuma aku tak faham kenapa susah untuk aku dapat pekerjaan. Ayah cakap takpe, belum ade rezeki. Aku tawu tu. cuma aku sedih dan kecewa.
Jangan la takut nak ambil budak yang ada degree. Kami mungkin tiada pengalaman. Jadi kami berharap untuk diberi peluang untuk mendapat pengalaman bekerja tak kira di bidang apa. Jasa kalian melatih kami bekerja hanya tuhan dapat balas.
Akhir sekali, aku berdoa semoga akan ade rezeki yang melimpah lepas ni. Amin~~
JanganRinduDulu
7 comments:
Rase nak nangis je kite bace.kite pon same jgak.susah nk cari keje.da mcam2 kerje kite apply tapi sume xdpt.nape majikan narrow minded?kalu kite ada degree skalipon blum tentu kite stop keje tmpat dorg.it depends to sme people la.tme memule nk keje dorg ckp nk yg berpengalaman.nk berpengalaman mcmana kalu kite xdiberi peluang utk bekerja.apply kemain bagai nk rak tp last2 semua diam. :-(
uols chills la. insya allah ade nt keje. kena rajin mintak la. i yang dah keje 3 tahun ni meronta nak tukar keje cane.tak dapat2 jugak panggilan iv. sbb keje tu sebanarnya bosann tauu sbb tiap2 bulan benda sama, need something different
faham sangat dengan situasi nih.i dah 2 tahun mengganggur.dah masuk program siswazah menganggur.tapi rezeki tetap xmenyebelahi i.mmg rasa down sangat2.kalau pergi interview ckp je ada degree, trus majikan lain macam dah.bile try ckp ada spm je, terpaksa bohong pengalaman keja yg xpenah ada pon.dilema betol nak guna degree or spm.lagi malang i nih bdk matrik,so sijil matrik mmg xlakulaa kan.sedehh.kalau mcm nih sikap majikan, sampai bila2 pon budak2 degree mcm kite nh xdapat experience.
Assalamualaikum,
Adik2 semua.. rezeki kita sebenarnya sedikit pun tidak bergantung pada keadaan majikan2 yang ada sekarang ni. Tapi bergantung pada ketentuan Allah. Yang pertama sekali kita kena usahakan ialah membetulkan aqidah kita, manafaat dan mudharat adalah semuanya dari Allah, kemudian kita betulkan amal kita. Tinggalkan perkara yang haram (sekiranya kita ada amalkan,) termasukklah sumber2 rezeki yang haram,simpanan dalam Bank yang ada riba cthnya. dan kemudian kita usahakn amal2 yang Allah JANJIKAN Allah akan mudahkan rezeki kita melaluinya. Lepas tu barulah tawakkal dan usaha cari kerja.
Antara amal2 yang Allah janjikan Allah akan mudahkan rezeki ialah :
1) Jaga solat awal waktu (solat berjemaah)
2) Solat Dhuha (12 rakaat setiap hari kalau mampu)
3) Baca surah waqiah setiap malam.
4) Baca surah yasin setiap pagi
5) Sedekah (walaupun sedikit)
6) Banyakkan istigfar, doa nabi Yunus pun lagi baik di amalkan.
Paling penting kita kena nafikan yang usaha kita sedikit pun tak blh bagi manafaat, Degree tak boleh bagi rezeki. Yang bagi rezeki ialah ALLAH! Wallahualam.
Hamba Allah
Subhanallah...thanks hamba Allah..anda sudah membuka mata saya yg rezeki semua dtg dari Allah..saya pun mengalami situasi yg sama di mana saya susah nk cari kerja degree..tapi saya dikira bertuah saya diterima masuk ke syarikat bumiputera sebagai kerani walaupun cuma pakai spm kerana majikan saya tahu saya ada degree n ingin membantu saya mencari pengalaman dahulu. majikan saya pun pernah bercakap yg saya mungkin xkan bekerja lama kerana saya ada degree dan mungkin akan menerima kerja lain diluar sana. Tapi saya tetap dgn kerja saya sampai sekarang (hampir 2tahun) kerana pekerjaan degree amat susah untuk didapati. Pada saya, ada majikan yg faham n ada yg x faham. Dan saya tidak kisah pun jika rezeki saya hanya takat spm walaupun ada degree. saya x boleh merungut tentang rezeki yg Allah bagi, tapi saya akan sentiasa mencari kerja yg lebih baik walaupun seringkali ditolak. In Sya Allah saya percaya bila sampai waktunya, selagi kita berusaha kita akan dapat apa yg kita perlukan. Tak bermakna kerja degree itu satu kejayaan dan kerja spm itu satu kegagalan. Kerja apa pun, selagi kerja itu menyenangkan hati dan membawa kita dekat dengan Allah, itulah kejayaan sebenar.
rezeki datang dari Allah yg maha esa...
jgn sesekali berputus asa taw sbb Allah nak uji kita .. bnyk kan berdoa kpada Nya InsyaAllah smuanya akn baik2 aja..
dan tingalkan pekara2 yg haram atau maksiat selalunya doa tidak dimakbulkn disebabkan kita msih lg buat pekara yg maksiat..
Rezeki Allah di muka bumi ni amat luas ..
pernah dgr x lagu boleh lagu dia mcmni
jika kau fikirkan kau boleh
kau boleh melakukannya
jika kau fikirkan ragu2
usaha mu tidak menentu..
so kena set dalam minda tu katakanlah bole je positif think ye...
(oppps lamanye thun 2012 hehe so apa cita skrg bgaimana kehidupan anda)
Graduates or whoever yang still having difficulties to find jobs or those yang kena retrench or those who needs extra income, yg perlukan pendapatan tambahan, i have peluang untuk anda semua dgn bayaran yang lumayan,amazing opportunities waiting, pm sekarang, get registered now 012-2087900
Post a Comment
Mereka kata: