Friday, January 7, 2011

Fantasi atau Realiti

Fuh!! *lap peluh kat dahi* Puas aku fikir nak tulis pasal ape. Aku memang tak tenang kalau tak update blog ni. Tak tahu kenapa aku feel macam tu. Maybe sebab aku sayang blog ni dan taknak biar terbengkalai. hikhik. Love u Selak pintu!!

Masa cuti kat rumah hari tu aku memang banyak gila masa terluang sampai tension sebab takde buat ape. haha. Busy pon tension free pon tension. So kena biasa biasa je. Then bila banyak waktu free fikiran pon melayang layang jauh sampai Korea *eh asal sampai Korea lak ni?* Aku terfikir nak buat macam macam dalam hidup selagi aku mampu. Aku nak rasa pengalaman buat itu buat ini. Macam syok je kan.

Aku teringin........................

Belajar main piano! Ada sesiapa nak ajar tak? nak sangat try main satu dua lagu. Aku suke betul dengar orang main piano. Irama piano yang romantik. Ah! so sweet. Takde ke gentleman yang nak alunkan dendangan piano kat aku? Romantik gila kot. Tak jejak tanah aku dibuatnye. hakhak. Pastu dia suh aku dok sebelah dia then dia ajar aku main. alolololo. Macam dalam movie jek. haha.

KHJ: I ajar you nak tak? *senyum macam dalam gambar*

Aku nak pergi tempat yang sekeliling semua bunga! kat Malaysia ade tak? Kanan, kiri, depan, belakang semua bunga. Aku je kat tengah tengah. haha. Konon konon fairytale lah kan. ceh!

Nak travel satu Malaysia!! nak sangat! bila la aku dapat peluang macam tu kan. Kena kumpul duit dari sekarang. Banyak nye duit nak kena kumpul? Untuk kawen lagi kena kumpul gak. WOW!! kerja ape aku nak buat untuk dapat income yang banyak so that bole achieve impian ni??lalalalala...

Nak join dance group. erk. pelik je keinginan ni? sesuai ke? haha. Tapi memang macam rindu kan nak dance ngan geng geng kaki dance ni. Dulu ade pengalaman sikit mase kat matrikulasi. Maybe sebab aku rindu time tu kot. Thats why aku ade keinginan macam ni. Haha. ade ke orang nak ajak aku join? Pandai ke aku dance? Ha! tu yang kite tak taw. Kata orang diri kita orang lain yang nilai. So, takleh la nak kata aku pandai dance ke tak. uhukss. Dance sorang sorang dalam bilik sudah!
Bila dah ade rumah sendiri nanti, aku nak satu bilik khas untuk pakaian, kasut and aksesori yang tersusun cantik dalam kabinet. Fuh! cara ah! style je. Suke betol! Angan angan tinggi je. haha.

Another music things.. I wanna play drums!! nak main drum! Cepat ajar! Tengok orang main drum macam enjoy gile kan. Aku rase puas kalau main drum. Semua tension pon boleh lega lepas ketuk drum tu. Super fun lah seh! Bang Bang Boom Boom! haha. macam tu ke bunyi drum? Kau ni Ana tah pape. Cepatlah sesape ajar aku main drum!!!


Hari tu macam banyak je yang aku berangan. haha. Maybe sebab dah lama aku fikir. and then dah berkarat baru nak tulis. memang dah lupe lah kan. Takpe.. takpe.. nanti kalau dah ingat aku tulis lagi. ape susah. haha. Keinginan aku memang ada banyak. Jangka pendek, Jangka sederhana, Jangka panjang! Kalau nak tulis semua takut korang tak larat nak baca lak. Tak pasal juling mata sebab baca blog Ana ni. haha.

p/s: Mood fikiran melayang layang sebab pening fikir pasal tempat untuk praktikal.okbai
+
+
+
+
+


JanganRinduDulu

Thursday, January 6, 2011

Congestion in my head

Assalamualaikum

Tajuk je speaking. Isi still bahasa Ibunda. Malaysia Boleh. erk >.<

Hurm. Tengah frust ni sebab kasut sukan hilang sudah! cari merata tak jumpa maksudnya hilanglah kan. Dugaan. Nampak gaya angan angan nak beli kasut baru *wedges* terpaksa tukar channel kepada kasut sukan. *tapi kalau beli dua dua takpe tak?? haha* Oleh sebab tengah frust, so makan roti banyak banyak sampai puas. *tak payah dinner dah gitu*

 KHJ: Awak nak pinjam kasut saya tak??
ANA: Kaki saya comel sangat lah nak pakai kasut saiz awak. =)

Sekarang semua tengah sibuk cakap cakap pasal latihan industri. Maklumlah semester ni aku kena buat praktikal. Tapi kat mane? Ha! tu yang merunsingkan tu. Aku diberi 2 pilihan and aku rase aku boleh praktikal kat JB atau KL je. Problem Kalau kat KL adalah transport and tempat tinggal. Problem kalau kat JB adalah transport. Hurmmm....poning aku dok mikirkan pasal latihan industri ni. Nervous pon ade jugak. Ye lah, mahu tak nervous kau... nak kerja tu.. nak deal dengan orang orang yang lebih berpengalaman. Aku ni dah lah kurang confident dan pemalu. huhu. Dan juga still ada penilaian dari Universiti sepanjang latihan industri. So takleh memain gak ok!

Kalau ikutkan mak ayah aku, dorang semestinya nak aku praktikal kat JB je. Diorang risau kalau aku kat KL sebab agak berisiko. Anak perempuan sorang aje lah katakan. Tapi nanti transport aku nak pergi kerja macamana seyyy. Tapi setiap problem ade solution dia sendiri. Just tinggal aku je cari ape solution yang bernas untuk problem ni. Chaiyok!!

 KHJ: Hurmm. macamane saya nak tolong awak ek?? 
Ana: Baiknya awak nak tolong saye. *malumalu*

KHJ: Awak praktikal kat Korea je lah. Saya boleh jaga awak. hihi
ANA: Haha. I would like to tapi awak ni lawaklah. Saya pilih JB atau KL je. Mane include Korea. hukhuk ^_^

Thanks for the offer ye Kim Hyun Joong oppa. tsk.
I'll think about it myself or ask it to my parents myself. Don't worry. *Ngek!

Sebelum kau orang semua naik bosan dengan post ni baik aku undur diri buat masa ni.
hikhik. Jangan serik beb!
Lots of LOVE <3

P/S: Credit to Mohamad Shakib for my photo with Kim Hyun Joong....'s poster. hihi
JanganRinduDulu

Wednesday, January 5, 2011

Dah parah dah!

Hyep!
wazzap! wazzap!
Ceh! Bajet hip hop pulak dah. Tatkala ni aku sedang berehat dengan tenang dalam bilik sebab hari ni panas terik. nasib tak pening kepala. Kelas habis 1230 pm tadi tapi kena pergi renew Matrix card pulak. Mula-mula aku suke sebab bole ambil gambar semula. So tak payah tengok kepala aku senget lagi dalam kad matrix tu tapi lepas ambil gambar untuk kad matrix baru tadi aku tengok kepala aku senget jugak! Aigoo~~ mungkin kepala aku memang senget. haha. ape bole buat. Aku redha dengan ketentuan Ilahi. Hikhik.

Korang korang pernah jadi peminat fanatik tak? Eh, takkan takde minat artis artis ke? Oh, maybe just sikit sikit je kot. Tapi mesti jugak ade sebahagian orang yang minat fanatik kan. kan. kan. Sampai sanggup beli poster lah itu lah ini lah. haha. Dan salah seorang dari korang adalah AKU!!

Haha. dah sebulan aku menghidap penyakit jatuh cinta kat sorang mamat kulit putih dengan senyuman menawan kalbu ni. Mamat ni asal dari Korea dan seorang leader kepada satu group K-pop iaitu SS501. Dia adalah KIM HYUN JOONG! Eleh.. sape yang dah bace post2 aku sebelum ni mesti dah sedia maklum kan pasal ni. haha



Actually aku kesian kat kawan kawan aku sebab terpaksa mendengar aku cerita pasal si KHJ ni tiap tiap hari. Aku ni dah gila agaknye. Haha. Sorry all my friends.. i'm a fanatic fan of KHJ!. haha. Jangan serik eh kawan kawan ku semua. Love u all. hehe.

Contoh Kefanatikan aku kat KHJ:
1) Beli majalah cina sampai 3 buah semata mata sebab ada KHJ dalam tu.
2) Letak poster KHJ dalam fail yang aku bawak pergi kelas hari hari.
3) Of course lah put as a Wallpaper picture kat Laptop dan juga Hp.
4) Profil pic kat FB pon bole. huhu
5) Tengok Boys Over Flower and Playfull Kiss berulang kali tanpa kenal istilah jemu. hakhak
6) Tak pernah pernah aku tunggu lagu kat astrohitz tapi kali ni aku tunggu sebab nak SS501 nyanyi.
7) Tak lupa juga pasang vidoes and lagu lagu KHJ and SS501 hari hari kat laptop.
8) Mimpi adalah yang paling tak boleh blah! bukan sekali dua. haha
9) Memenuhkan laptop dengan gambar gambar KHJ dari pakcik Google.
10) Ringtone ye.. itu juga dari lagu nyanyian KHJ.

Hari hari ku kini dibelenggu KHJ........

If i'm not mistaken dah 5 tahun lah gitu aku tak minat mane mane artis se fanatik ni. Seingat aku since Adam AF still kat Af2 dulu. Tah macam mane tabiat ni boleh datang balik bila aku tengok Boys Over Flower. Aku tak terpikat kat Lee Min Ho tapi mata aku sangat tertarik kepada si 4th dimensional person KHJ. haha.

Macam mane aku nak atasi 'kefanatikan' aku ni agaknye ek? Takpelah. manusia berubah.. So, one day mesti aku akan slowly kurang fanatik kat dia hinggalah menjadi biasa biasa je. huhu. InsyaAllah.....

Tapi since aku still fanatik nih aku nak jugak letak pic dia banyak2 kat sini. Haha

 With Kim Bun






 F4 Korea


Nak cuci mata lebih banyak lagi sila lah click---> KIM HYUN JOONG
*
*
*
*
*
*
Bak kata kawan sekelasku: okbai.

JanganRinduDulu

Words in the morning.

Assalamualaikum and a very Good Morning to everyone!!
huhu. i'm updating blog early in the morning. gile ah! haha

as time goes by, we are getting older and older.....
Then we start to think like a matured people.....
We start to think the solution for our problems....
We know how to appreciate somebody.....
We have dreams and hoping for a good life in future....

That is why keep the positive mind and don't be influence by other bad things which can be the obstacle for that positive thinking. Its okay to keep reminding yourself and keep motivating yourself so that we never fall from the dreams and hopes that we create ourselves.

*There is some words of motivation for me for today and you can share it too!! Have a nice day... ^_^*

 Lets keep starting our day with a very good SMILE like him!
..Love KHJ..

JanganRinduDulu

Monday, January 3, 2011

sepatah dua kata


Sekian lama tak update belog ini dan kini papan kekunci ku ini kembali aktif. Kembali untuk mencurah rasa dan pengalaman. dan mungkin juga informasi. 

OK!!
Sebenarnye banyak sangat benda nak ditulis dalam belog ni sampai tak sure nak tulis yang mana satu dulu. So, hold semua dulu then tunggu waktu yang sesuai untuk menulis panjang lebar. 

Oh ye!
rasanya belum terlambat lagi nak ucap.......

'Happy 2011'

Tahun baru dimulakan dengan semangat yang baru dan perbetulkan niat kepada segala kebaikan. InsyaAllah~~

JanganRinduDulu