Saturday, November 13, 2010

Cuti raya korban pulak.

~~~ Saat ini detik ini waktu ini. Dikala hujan lebat menyirami pelusuk nusantara, guruh di langit memecah kesunyian dikala petang nan tak bersuara, dan tinggal aku berseorangan di sini tanpa teman buat bicara. Meniti detik demi detik menanti kehadiran mak dan ayah untuk menjemput ku pulang. Dan akhirnya semua pulang ke kampung halaman. ~~~


*hoih!! buat sastera ke hape kau nih???*

hahahaha
Budak dah banyak masa lapang memang macam ni. Kadang kadang memang suke buat ayat ayat sastera nih. Best. Sometimes rasa macam aku ada bakat kat sastera jek. aha. yeke? aku pun tak dapat nak pastikan itu. 

Malam nanti akan pulang ke rumah dan akan bercuti kat rumah selama seminggu due to Raya Aidiladha. Mak masak ape raya nanti ekk. tak sabar nak makan masakan mak!!. Mum's cook is the best!!! So so and so.....dalam masa seminggu tu tak pasti lah dapat online ke tak. Jadi susah sikit nak hapdet belog ini.

Actually ada 2 lagi final paper tak settle lagi so still have to study. But then saya sangat lemah study kat rumah sebab banyak dugaan. Antaranya:-

1. Banyak cerita best kat TV
2. Asyik rasa makan dan mengantuk aje
3. Takde meja belajar tak masyuk la study
4. Adik-adik suke nak menjerit tak tentu pasal kat rumah dan bikin aku nak menjerit gak. hoih!!!!
5. Dah memang malas tambah malas la jawabnye

Tapi walau macam mane pon duduk rumah memang best sebab dekat ngan mak dan ayah dan juga dapat tengok perkembangan adik adik ku sekalian. belajar leklok ye adik adik!!!

*Disini hari ini saat ini. 
ku ucapkan
Selamat Hari Raya Korban
buat semua*

~~Sesungguhnya pengorbanan adalah tidak ternilai harganya. 
Buat ayah dan ibu.... terima kasih atas segala pengorbanan kalian membesarkan diriku ini selama 21 tahun. Sesungguhnya pengorbananmu serta jasa-jasa mu tak dapat ku balas kesemuanya. Hanya tuhan yang tahu betapa tinggi nilai pengorbananmu ayah dan ibu~~

JanganRinduDulu

2 comments:

YamaShita KaiTo said...

baiklah cik nana...hohO~

Selamat Hari Raya juga....:P

meo musa said...

comel!

Post a Comment

Mereka kata: