aku minat mamat ni ley tak?? bajet dia minat aku kan..ahaha
iklan je yg atas ni~~~peace!!
Lets start....
Apa pendapat korang bile kita dengar orang bercerita tentang bercinta dengan BESTFRIEND sendiri? Adakah korang rasa meluat? Atau setuju je dengan fenomena tu? Atau juga korang tak suka itu berlaku..? Kat sini aku nak meluahkan pendapat aku tentang fenomena ini..
BESTFRIEND boleh terdiri antara perempuan dan perempuan, lelaki dan lelaki, dan juga perempuan dan lelaki..topik kita hari ini adalah merujuk kepada BESTFRIEND yang terdiri daripada lelaki dan perempuan...BESTFRIEND adalah kawan yang paling rapat and paling baik dengan kita..Pada dia la kita kongsi segala suka dan duka dalam hidup kita..Pada dia juga lah kita akan buat rujukan sekiranya kita ada masalah..Dia lah insan yang kita anggap boleh dipercayai dan dia lah yang boleh buat kita tenang semula..
Tapi bagaimana kalau tiba-tiba tanpa kita sedari kita dah jatuh cinta kat dia?kita menyayangi dia lebih dari seorang BESTFRIEND? Wajarkah kita berperasaan sebegitu terhadap BESTFRIEND kita? Patut atau tidak patut? Ada orang takut untuk couple dengan BESTFRIEND sendiri sebab tak nak hubungan tu hilang macam tu je bile percintaan tak berjaya nanti…jadi diorang ni da macam tipu diri sendiri sebab tak mahu mengaku perasaan diri sendiri…tapi jangan pulak kita salah anggap dengan rasa sayang yang kita rasa tu..pastikan dulu rasa sayang kita pada BESTFRIEND kita tu sebagai pe…baru lah wat keputusan...
Sebenarnya tak kisah pun kalau kita bercinta dengan BESTFRIEND kita..
Xde salahnye pun..
Dia insan biasa macam kita gak..ada hati and perasaan..
Macam orang cakap jodoh di tangan tuhan..kita pun tak tahu siapa soulmate kita kan..mungkin dengan BESTFRIEND kita sendiri..huhu..
Ada gak kebaikan bila kita bercinta dengan BESTFRIEND kita sendiri..
Kebaikannye adalah:
- Dia dah faham diri kita macam mana and dia ley tahu apa yang kita suka dan tak suka..jadi kita mungkin akan kurang tersalah faham sesama kita…
- Kita tak yah risau lagi dia serious ke tak dengan kita sebab kita pun tahu sikap dia macam mana..
- Kita akan selalu rasa happy bila dengan dia sebab dia sangat nenahami diri kita..kan best tu..
- Masalah yang timbul pun boleh diselesaikan dengan cepat sebab kita ley berbincang baik2…
Tapi………
Ada gak keburukan bile bercinta dengan BESTFRIEND kita sendiri ni…
- Bila putus, kita berkemungkinan akan terus terputus hubungan dengan dia kerana hati masing-masing da patah…
- Kurang mencabar la sebab da memang kenal diri masing-masing…
- Mungkin juga akan cepat rasa bosan…
- Mungkin juga sikap akan berubah secara tiba-tiba je bile declare couple ngan dia…siapa tahu…
Jadi kesimpulannya semuanya bergantung pada seseorang tu samada nak serious atau tak…samada nak tipu diri sendiri atau tak…nak berubah atau tak….its up to you…...berfalsafah lak aku kali ni..
juz kongsi opinion je..xtaw pon betul ke tak....sharing is caring kan..hehe...
jangan rindu dulu...{@_@}
4 comments:
boyfriend=bestfriend.:D
heeee...:)
hmmm......................bluuurrrrrr....
my boyfriend now is my bestfriend at school..now dah 2 taun ++..=))
Post a Comment
Mereka kata: